Site announcements

SOAL SELIDIK IMPACT OF ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) ON TEACHING AND LEARNING IN HIGHER EDUCATION

by DANAKORN NINCAREAN A/L EH PHON . -


HEBAHAN: PERMOHONAN MAKLUM BALAS BAGI SOAL SELIDIK IMPACT OF ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) ON TEACHING AND LEARNING IN HIGHER EDUCATION

 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 2.      Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian penyelidikan sedang dijalankan bertajuk: “Impact of Artificial Intelligence (AI) on Teaching and Learning in Higher Education”. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi. Untuk makluman YBhg. Dato'/ Prof./ Ir./ Ts./ Gs./ Dr., soal selidik ini akan memberi tumpuan kepada tahap kesedaran dan kesediaan terhadap penggunaan AI serta persepsi terhadap impak AI terhadap keberkesanan pengajaran, pengalaman pembelajaran dan hasil akademik.

 3.      Pautan soal selidik adalah seperti di bawah:

  Pautan soal selidik Pelajar:

     i.         Versi Bahasa Inggeris (BI): https://form.jotform.com/260361924962057

     ii.         Versi Bahasa Melayu (BM): https://form.jotform.com/260498013994466

 Pautan soal selidik Pensyarah:

      i.         Versi Bahasa Inggeris (BI): https://form.jotform.com/260363743264457

     ii.         Versi Bahasa Melayu (BM) https://form.jotform.com/260498035798472

 4.      Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama pihak YBhg. Dato'/ Prof./ Ir./ Ts./ Gs./ Dr. bagi tujuan hebahan soal selidik di peringkat institusi masing-masing. Untuk makluman, anggaran masa menjawab adalah 20 minit dan tempoh soal selidik dijalankan adalah dari 1 Mac – 30 April 2026. Segala maklumat yang dikemukakan adalah sulit dan akan digunakan bagi tujuan akademik sahaja.